sebenarnye saje-saje topik ni dibuka untuk tatapan Hakim bile dah besar nanti..Bila Hakim dah boleh membaca..Tapi macam mana agaknya cara nak merangsang anak supaya cepat membaca ek..Cuba-cuba search kat google jumpa nie..:-
Tips Cepat Membaca - Siri 1
"BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA MELAYU DAHULU?"
Kita selalu berdepan dengan dilemma semasa hendak memilih bahasa apa yang patut diajarkan anak membaca dahulu... Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Untuk tips pertama ini suka saya usulkan anda bermula dengan Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Bilamana anak telah mula menguasainya barulah anda memperkenalkan Bahasa Melayu pula.
Rasionalnya di sini ialah anak anda akan merasakan yang dia benar-benar belajar sesuatu yang baru dan akan memberikan lebih tumpuan berbanding mula belajar menggunakan bahasa yang telah didengarnya seharian. Skil atau kemahiran membaca yang dipelajarinya semasa belajar Bahasa Inggeris ini nanti akan dengan cepat dan mudah diaplikasikannya pula kepada Bahasa Melayu.
Umumnya ada dua pendekatan belajar membaca di dalam Bahasa Inggeris yang paling popular iaitu melalui pendekatan fonetik (cthnya: Early Reading Series ReadEasy Phonics) dan kata kunci atau key words(cthnya: Key Words With Ladybird). Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana kaedah... atau kedua-duanya sekali serentak (pendekatan yang saya gunakan untuk anak saya) .
Cubalah!!!
NOTA: Jika di rumah anda biasa berbicara dalam Bahasa Inggeris, maka elok bermula dengan mengajar anak anda Bahasa Melayu dahulu.
"SELANGKAH LEBIH BIJAK"
Puan Rosnita
AdikBijak.com
Untuk tips-tips lain sila kunjungi: http://adikbijak.blogspot.com
Tapi ummi Hakim ni bukannya terer pon speaking..kalo setakat sebut yang mudah2 tu bolehla..contohnya aeroplane ke..
Tapi takpelah kan Hakim...I try my best teach u in english...ayat pon berterabur..
Jumpa satu lagi nie:- http://belajar-inggeris.blogspot.com/
Ahad, 21 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan